Keluarga Saya

Keluarga Saya

AHLI KELUARGA SAYA

AYAH ~PANG SIM BEE
IBU ~YAN KWEE CHIN
KAKAK ~PANG KOH HUEY
SAYA ~PANG KOH WUN
ADIK ~PANG WEI SEONG

Keluarga Saya~Bab 1

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan melalui peranan yang diharapkan daripada ahli-ahli keluarga. Keharmonian berkeluarga dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan ini merangkumi perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih saying, sifat hormat-menghormati,bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan (pakaian, makanan, rumah dan sebagainya). Oleh itu, institusi keluarga adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat rohani dan jasmaninya, lagi berilmu dan bermoral.

Saturday, April 30, 2011

Topik 1

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya